Categories

Our Blog

LRT JABODEBEK – PENGAKHIRAN YANG MANIS

Semoga tahun depan bisa mengikuti pelatihan ini kembali! Itulah kata-kata yang terpacul secara spontan daripada salah seorang peserta LRT JABODEBEK semasa upacara penutupan yang dilakukan serba sederhana di Bilik Latihan LRT Putra Height pada 15 Ogos 2022. Learning & Culture (L&C) telah mencipta memori indah dan cukup bermakna apabila telah meraih peluang untuk mengendalikan dua program latihan, iaitu Professional Metro Train Driver dan Professional Metro Train Controller pada 15 Ogos 2022.

L&C sebagai penyuluh ilmu, jurutera sosial dan pencorak minda industri rel kini semakin mengorak langkah tersenarai “di papan utama” pilihan organisasi yang bersangkutan industri rel. Hal ini menambah keyakinan L&C untuk mencipta, merebut dan memburu peluang dalam bidang latihan pengoperasian rel baik di dalam negara atau di persada antarabangsa.

Kesemua pelatih telah mengikuti dengan jayanya latihan teori dan praktikal yang dilakukan secara hibrid, iaitu teori di Balai Pelatihan PT KAI, Bandung, manakala praktikal di Pusat Latihan L&C. Antara modul yang dipelajari untuk program Professional Metro Train Driver (PMTD) dan Professional Metro Train Controller (PMTC) ialah System Overview, Rule Book, Emergency Response Procedure, Core Abilities dan Train Driving.

Diharap, dengan berakhirnya program ini, pihak PT KAI akan peroleh sedikit sebanyak ilmu berkaitan pengoperasian rel dan dapat diterjemahkan dengan jayanya sewaktu operasi yang dijangkakan pada Suku Keempat Tahun 2023.

Pihak L&C juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Operasi Rel, Rail Enterprise Organisation (REO), Bahagian Kewangan, Jabatan Legal & Counsel, Bahagian Modal Insan dan rakan-rakan jabatan yang menolong secara tidak langsung bagi menjayakan program latihan ini.

Semoga hubungan yang terjalin di antara Prasarana dan PT KAI akan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan diharap hubungan ini tidak terhenti di sini sahaja.

Post A Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *